Isy... Mana Dia Pergi?

Isy... Mana Dia Pergi?

まだ評価がありません
2010 · マレー語 · ペーパーバック
棚に追加

この本を評価する


ブックジャーナルをエクスポート

説明

Takkanlah jadi masalah besar kot hanya kerana nak berjumpa dengan bakal mentua.

Selama ini, Rachel Benjamin memang dikenali dengan sikap gila-gilanya, dan sikap itu terpaksa diketepikan apabila dia menjadi tetamu penting dalam majlis pertunangan yang diaturkan di hujung minggu, bersama famili tunangnya, Peter. Tentu sekali Rachel yakin dia sudah bersedia dan mampu untuk berkelakuan normal, sama seperti orang lain juga dan berkobar-kobar untuk memikul tanggungjawab yang baru.

Tiba-tiba sahaja dia mendapat satu mesej rahsia: kawannya Hilary hilang! Terakhir, Hilary sedang berada bersama Igor 'Iggie' Behrenz, hartawan Internet yang suka berpakaian pelik dan menyimpan pelbagai rahsia pelik.

Ada seseorang yang sedang mengaturkan satu pemburuan di seluruh pelosok San Francisco, dan menjadikan Hilary sebagai hadiahnya!

Terpaksalah Rachel cuba menjejaki kawannya yang hilang itu. Tentu merumitkan keadaannya yang sedang cuba berlagak normal di depan kaum keluarga tunangnya. Dalam masa yang sama, Rachel bertembung dengan rahsia yang dimiliki Peter pula. Dan ketika itu, dia tahu tak mungkin dirinya boleh menjadi 'normal' seperti orang lain. Rachel merasakan dirinya menjadi huru-hara semula.

本の詳細

形式 ペーパーバック
ページ数 298ページ
言語 マレー語
公開されました 1月 1, 2010
出版社 KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.
ISBN-10 9675367741
ISBN-13 9789675367748
棚に追加

この本を評価する


ブックジャーナルをエクスポート