Api Ilahi

Api Ilahi

아직 평점이 없습니다
May 23, 2025 · 말레이어 · 페이퍼백 (152 페이지)
서가에 추가

이 책 평가하기


도서 일지 내보내기

책 세부 정보

형식 페이퍼백
페이지 152
언어 말레이어
출판됨 May 23, 2025
출판사 Penerbit-X
ISBN-10 9673699615
ISBN-13 9789673699612

설명

Empat kepala naga dipercayai milik Sumeru melayang ke empat destinasi berbeza di bumi. Dipercayai Api Ilahi sudah berhasil menewaskan Sumeru, tetapi tiada sesiapa pun dapat mengesahkannya.

Kemunculan susuk mirip Api Ilahi di beberapa kawasan yang sarat penduduk yang mengamalkan ritual penyembahan dewata menghadirkan keresahan. Pembunuhan besar-besaran berleluasa.

Beberapa kota langit binasa dek kemunculan tangan raksasa yang menelan setiap warganya dengan pusaran aneh di tengah langit. Dan ia tidak dapat dihentikan sama sekali. Dipercayai juga ia angkara Api Ilahi, tanpa diketahui bagaimana dia melakukannya.

Mantan pemilik empat wajah Sumeru, Nathan, Ambriosa, Ahmad Zuhrah dan juga Rashidi percaya sesuatu telah berlaku di Laut Kalam. Visi pertarungan antara Sumeru dengan Api llahi di Laut Kalam sebelumnya sesekali menerpa, memberi petunjuk yang kabur. Mereka mencari akses ke Laut Kalam demi membongkari rahsianya.

Manakala, Ezani pula enggan mahu melibatkan diri dengan petaka baharu ini. Terputusnya hubungan dengan Api Ilahi sebelum ini telah mendorongnya untuk mengasingkan diri. Namun takdir punya rencana berbeza untuknya.

Pawang Setia, penjaga Laut Kalam pula punya kebenaran berbeza daripada apa yang mereka lain tahu. Dan tugasnya amat berat – menuntut muslihat demi muslihat agar agenda entiti yang jauh lebih rakus dan ganas tidak terlaksana.

Masa mencemburui mereka. Percaturan ligat dilaksana. Api sedang marak menyala. Siapa yang mampu memadamkannya?
서가에 추가

이 책 평가하기


도서 일지 내보내기