.44

.44

尚無評分
2011 · 馬來語 · 平裝書
加入書架

評價這本書


出口書籍日誌

描述

Sinopsis :
Aku pegang 44 caliber colt anaconda dengan isian enam biji peluru .44 magnum istimewa di dalamnya. Tembak jauh lari sedikit dari sasaran tapi di tembak dekat, tepat. Peluru biasa tentu sahaja di isi dengan bahan letupan untuk terbang, tapi peluru ini di saluti dengan fikiran, fikiran yang buntu mencari cahaya yang sedikit-sedikit dalam kegelapan. Nafas turun naik sambil ibu jari kiri menolak cekah ke bawah, ruas jari hantu menyapa lembut picu, siap siaga untuk memuntahkan peluru menelusuri kelajuan melepasi masa mencium cahaya yang memeluk kegelapan. Ruang kubikel yang berdindingkan halimunan bergempita dengan sayup-sayup alat pekerja yang mengetuk kelosong menuju ke sasaran. Aku picingkan mata, memerhati ruang mana yang diterobos peluru, adakah segelap-gelap cahaya atau secerah-cerah gelap yang berlepas pergi? Tatkala aku tersedar dadaku yang serasa lencun dengan lelehan pekat, baru aku mengerti siapa yang dicium peluru.

Gabungan dua penulis yang menulis dengan cara masing-masing. mempunyai 43 kispen. Buku ini tidak agresif, dan tidak juga begitu lembut isinya. Ia sedang-sedang, di antara berat dan ringan-ringan.

書籍詳情

格式 平裝書
頁數 112 頁
語言 馬來語
已出版 Oct 28, 2011
出版商 Kerat Studio
加入書架

評價這本書


出口書籍日誌