Lawak Ajelah

Lawak Ajelah

No ratings yet
Malay · Paperback
Add To Shelf

Rate this book


Export Book Journal

Description

Pernah tak anda berdoa agar bos anda lebih baik mati saja?

Tentulah tidak, kan? Begitu juga dengan Rachel Benjamin, sehinggalah dia ditugaskan untuk mengendali sebuah projek khas bersama Glenn Gallagher. Rachel percaya ada yang tak kena pada tugasan itu dan juga Glenn, tetapi dia terpaksa berjaga-jaga kalau mahu kenaikan pangkatnya diutamakan. Terpaksalah dia menutup mulutnya, kalau tidak, pastilah kerjayanya akan melayang. Atau mungkin, bunuh sajalah Si Glenn. (Isy, lawak ajelah!)

Tapi tak apa, bukankah dia dah ada Peter? Teman barunya yang baik hati, sedang sibuk membawa barang-barang rumahnya untuk dipindahkan ke rumah Rachel. Terpaksa sahajalah Rachel melayan kerenah Peter yang mula terasa cemburu akan kehadiran seorang teman kerja Rachel. Malangnya, kelakuan Glenn yang seolah-olah sedang memberi tekanan kepada Rachel membuatkan dia betul-betul terasa yang gelagat Glenn patut dihentikan.

Sesungguhnya, lawak yang sering bermain-main di benak Rachel tentang niatnya untuk membunuh bosnya itu, sudah tak jadi lawak lagi apabila Glenn betul-betul mati dibunuh! Lagilah tak lucu apabila Rachel kini menjadi suspek utama pembunuhan itu. Segala-galanya menjadi bertambah rumit dan betapa Rachel mengharapkan sangat agar dia tak pernah pun berniat apa-apa yang menyusahkan dirinya. Apa pun, dia terpaksa berusaha mencari pembunuh bosnya itu sebelum dirinya pula dibunuh!

Book Details

Format Paperback
Language Malay
Publisher KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.
ISBN-10 9675367083
ISBN-13 9789675367083
Add To Shelf

Rate this book


Export Book Journal